Jumaat, 25 March 2011: Seramai 40 orang penuntut dari Masterskill University College of Health Sciences, MUCH, telah bertolak ke Bukit Mertajam untuk menyertai 'Lenten Pilgrimage' yang dianjurkan oleh Catholic Student Association, CSA MUCH. Kumpulan penuntut ini diketuai oleh presidennya, Zakeus Peter Zan dan diiringi oleh Mr. Kenneth dan Miss Rosy dari Student Affair MUCH dan dibantu oleh Mr. Peter, pemandu bas. Lenten Pilgrimage di St. Anne Bukit Mertajam merupakan aktiviti sulung CSA MUCH di luar kawasan kolej dan gereja St. Francis Assisi, sempena musim Lent. Dengan terasminya program 'Lenten Pilgrimage' ini, pihak CSA MUCH akan menjadikan ia program tahunan dalam kalendar CSA.
Antara aktiviti yang diatur adalah Doa Rosary, Jalan Salib, Sesi Puji & Sembah, Meditasi serta Ice Breaking Games. Pihak Masterskill juga telah menyediakan peralatan perubatan untuk kempen percuma 'Health Screening' di kawasan Gereja, dijayakan oleh penuntut masterskill yang arif dalam bidang masing-masing.
Turut disertakan dalam aturcara ialah lawatan ke College General, Seminary Tinggi Katolik, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment